Yang di-Pertuan Agong kagum dengan pembangunan yang dinikmati Sarawak
KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan rasa kagum melihat pembangunan yang dikecapi Sarawak seperti apa yang baginda lihat sendiri sepanjang lawatan dua hari di Sarawak. Kali terakhir baginda melawat dan datang ke Sarawak ialah 15 tahun lalu dan kini Sarawak menikmati pembangunan pembangunan yang sangat pesat. Dalam lawatan ini juga, baginda sempat menikmati pelbagai makanan tempatan Sarawak selain menerima pelbagai cenderamata yang cantik. Selain itu, baginda turut mengenali dengan lebih dekat pemimpin tempatan dan orang-orang Sarawak. Bersempena lawatan ini juga baginda berharap hubungan Istana dan Kerajaan Sarawak akan dapat diteruskan dan dipereratkan. Sebelum meninggalkan majlis, baginda…