Serba Dinamik sasar IT jana hasil RM200 juta
SHAH ALAM: Serba Dinamik Holdings Bhd menyasarkan pendapatan di antara RM150 juta dan RM200 juta daripada segmen teknologi maklumat (IT) tahun ini, berbanding hanya RM8 juta pada tahun lalu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata peningkatan mendadak sehingga 25 kali ganda itu sebahagiannya akan disumbangkan oleh penganjuran sidang kemuncak oleh syarikat itu pada bulan depan. Katanya, sidang kemuncak yang kali pertama dianjurkan itu akan dijadikan platform untuk pihaknya mempamerkan semua produk IT miliknya dan mendapatkan pelanggan baharu. "Beyond Paradigm Summit 2019 yang akan diadakan pada bulan depan dianjurkan oleh Serba Dinamik…