Sarawak dijamin tidak akan muflis dalam tiga tahun
PENGHARGAAN: Awang Tengah menerima cenderamata daripada Arham (dua kiri) sebagai tanda penghargaan selepas majlis pelancaran semalam. Turut kelihatan Naroden (kanan) dan Mussen (kiri). — Gambar Muhammad Rais Sanusi KUCHING: Sarawak dijamin tidak akan muflis dalam tempoh tiga tahun seperti yang diramalkan Menteri Kewangan persekutuan sebelum ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau menegaskan, Sarawak telah dinilai oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s dan Standard & Poor selama bertahun-tahun. Menurutnya, malahan kedua-duanya telah mengesahkan penarafan kredit pelaburan negeri masing-masing pada A3 dan A-. “Begitu juga, Ketua Audit Negara telah memberi Sarawak Sijil Audit Bersih bagi Kewangan…