bookd!, Pemangkin Industri Bakat Alaf Baru
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan salah seorang rakan pengasas Bookd Talent Sdn Bhd,sebuah syarikat berpusat di Malaysia yang memiliki jenama bookd!, Carl Graham ialah ahli perniagaan inovatif yang bakal mencorak masa depan industri bakat. Memiliki pengalaman 17 tahun di dalam bidang peragaan dan pengacaraan di peringkat global, beliau pernah bekerja di lebih 12 buah negara untuk jenama seperti Diesel, Levis, Nescafe dan Louis Vuitton.Seiring perjalanan masa, beliau beralih karier dari peragaan ke penyampaian serta pengacaraan dan meraih pengalaman yang cukup luas di dalam pelbagai bidang.Sepanjang kerjayanya, Carl mula membimbing bakat-bakat yang lain tentang cara terbaik untuk menunjukkan diri mereka kepada…