KBS rancang 9 Kejohanan e-Sukan
KBS merancang 9 Kejohanan e-Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negara merancang untuk menganjurkan sembilan kejohanan sukan elektronik (e-Sukan), mengikut zon di seluruh negara. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua kejohanan berkenaan diharap dapat membantu menyediakan pemain-pemain amatur e-sukan dari negara ini untuk bersaing pada kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru menurut Reezal Merican, kesemua pemain-pemain amatur ini perlu melalui pengalaman bersaing dengan pemain-pemain e-sukan dari negara lagi bagi membantu penyediaan berkenaan. “Bersaing dalam kejohanan di peringkat antarabangsa adalah medan pertandingan yang diimpikan oleh kesemua pemain e-sukan ini. “Namun bagi mencapai…