Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan salah seorang rakan pengasas Bookd Talent Sdn Bhd,sebuah syarikat berpusat di Malaysia yang memiliki jenama bookd!, Carl Graham ialah ahli perniagaan inovatif yang bakal mencorak masa depan industri bakat. Memiliki pengalaman 17 tahun di dalam bidang peragaan dan pengacaraan di peringkat global, beliau pernah bekerja di lebih 12 buah negara untuk jenama seperti Diesel, Levis, Nescafe dan Louis Vuitton.Seiring perjalanan masa, beliau beralih karier dari peragaan ke penyampaian serta pengacaraan dan meraih pengalaman yang cukup luas di dalam pelbagai bidang.Sepanjang kerjayanya, Carl mula membimbing bakat-bakat yang lain tentang cara terbaik untuk menunjukkan diri mereka kepada pelanggan untuk memudahkan pelanggan menempah mereka secara langsung daripada bergantung kepada penjualan ejen model. Beliau sedar dengan kemunculan ramai bakat baru di dalam industri, seseorang mestilah berusaha melakukan yang terbaik dan menyerlah daripada yang lain untuk merebut peluang yang ada.
Carl menyedari kewujudan pasaran untuk berkongsi pendidikan,pengalaman dan pengetahuannya lantas mengambil keputusan untuk menerokainya secara lebih profesional dengan membuka Akademinya di Malaysia bekerjasama dengan bakat-bakat dari pelbagai latarbelakang yang berkemahiran serta memiliki komitmen untuk menampilkan yang terbaik.Dengan memanfaatkan pengalaman, ilmu serta petua berguna daripada Carl, pelajar-pelajar di bawah bimbingannya mampu menghasilkan profil menepati kualiti dan piawaian untuk dilihat oleh pelanggan yang lebih memudahkan mereka dipilih untuk sesuatu pekerjaan atau tugasan. Seiring dengan bertambahnya jumlah bakat yang mendaftar di dalam pangkalan data, platform yang sesuai dan sistem teratur diperlukan untuk menguruskan jumlah bakat yang besar dengan lebih efisien.
bookd! ialah sebuah platform tempahan bakat global lahir daripada tekad dan semangat jitu sekumpulan individu berwawasan tinggi diketuai oleh Carl yang mempunyai visi industri bakat alaf baru akan bakal memanfaatkan sepenuhnya peluang e-dagang yang sedia ada.Kesinambungannya, sebuah platform digital dicipta dan keseluruhan proses bermula. Matlamat utama ialah untuk mencipta sistem yang lebih efisien untuk mempamerkan kemahiran bakat dengan cara yang lebih mudah ,tepat dan diinginkan. Setelah berkecimpung di dalam industri selama bertahun-tahun, Carl sedia maklum yang pelanggan mahukan lebih dari sekadar gambar yang cantik dan diedit dengan sempurna untuk membuat keputusan.Pelanggan perlu melihat bakat dengan penampilan semula jadi berserta pergerakan dan ekspresi mereka. Perkembangan pesat iklan digital menjadikan ianya semakin penting bagi pelanggan melihat profil bakat-bakat dalam bentuk video. Justeru,piawaian profesional bookd! dilaksanakan.
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…