Bantuan Tekun Mobilepreneur sudah cecah RM10.95 juta – Wan Junaidi

Bantuan Tekun Mobilepreneur sudah cecah RM10.95 juta – Wan Junaidi
Share this:

KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos  — Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi setakat ini sudah memberikan dana skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur mencecah RM10.95 juta kepada 1,363 usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal atau riders dalam negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata di bawah skim itu tiap seorang riders menerima bantuan maksimum sehingga RM10,000 yang disalurkan kementerian itu menerusi agensi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

“Setakat ini di Sarawak kita sudah beri (dana Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur) kepada 122 orang riders, jumlah (dana) yang disalurkan ialah RM1.15 juta,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 7.0 Negeri Sarawak di D’Virtual Park, di sini, hari ini.

Menurutnya skim itu bertujuan memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 untuk tujuan pembelian motosikal, baik pulih motosikal, pendaftaran bersama syarikat e-hailing dan modal pusingan.

Wan Junaidi berkata dengan adanya koperasi, para penghantar ini dapat mengumpulkan dana sendiri dan jumlah wang yang dikumpul dapat digunakan untuk membeli syer dari syarikat yang mengambil mereka sebagai penghantar barangan atau perkhidmatan.

Majlis hari ini juga turut menyaksikan penyerahan sumbangan kerajaan keseluruhannya berjumlah RM498,877 kepada empat penerima bantuan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dan tiga penerima bantuan Business Scale-Up Programme (Biz-Up).

Di bawah kerjasama ini, Serba Dinamik akan membangunkan kemudahan infrastruktur digital dikenali sebagai Virtual Park di sini, sementara SME Corp Malaysia melaksanakan program pembangunan kapasiti dan khidmat nasihat digital dalam operasi perniagaan usahawan setempat.

[Source: “Bantuan Tekun Mobilepreneur sudah cecah RM10.95 juta – Wan Junaidi” published by myKMU.net]
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar