fbpx

Anak Sarawak dijemput sertai projek ‘Sarawak’s Pride-Most Number of Unity Stories’

Share this:

KUCHING: Anak Negeri Sarawak dijemput mengambil bahagian dalam Projek ‘Sarawak’s Pride-Most Number of Unity Stories’ yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-31 pengisytiharan Kuching sebagai sebuah bandaraya, dan tahun keempat ia bergelar Bandaraya Perpaduan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata ia melibatkan penulisan cerita-cerita pendek yang disasar kearah memupuk perpaduan di kalangan penduduk negeri.

“Ia dibuka kepada semua, boleh ditulis dalam apa jua bahasa selain Inggeris atau Bahasa Malaysia, dan ia akan diterjemahkan,” kata beliau yang juga adalah pengerusi Institut Pembangunan Sarawak(SDI) dalam persidangan media semalam.

Beliau berkata penganjur berharap untuk menerima sekurang-kurangnya 1,000 hantaran, memandangkan projek itu juga disasar kearah percubaan untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Penulisan yang terpilih akan dipamerkan di sekitar Tebingan Sungai Kuching pada 1 Ogos dan hadiah-hadiah akan diberikan kepada karya terbaik dari setiap bahagian yang berbeza di Sarawak.

Karya penulisan pendek, antara 50 dan 200 perkataan itu perlu sampai kepada penganjur sebelum 15 Julai ini.
[Source: “Anak Sarawak dijemput sertai projek ‘Sarawak’s Pride-Most Number of Unity Stories’” published by BERNAMA]

Photo Credits: BERNAMA

%d bloggers like this: