KOTA SAMARAHAN: Aktiviti memerhati buaya dikenal pasti sebagai salah satu produk pelancongan yang menarik serta berpotensi untuk diperkenalkan di Samarahan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata populasi reptilia itu di Samarahan adalah besar.
“Di bawah Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pelancongan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) kita telah kenal pasti banyak produk dan memerhati buaya adalah satu daripadanya.
“Kita telah diberi taklimat oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan menariknya, mereka telah melaksanakan (memerhati buaya) ini. Tetapi saya tidak pasti dimana. SFC sudah mulakan dan kita berminat untuk membawa aktiviti ini di sini di Samarahan kerana ini adalah satu lagi tarikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Kejohanan Pertama Dota 2 Serba Dinamik 2021 di Taman D’Virtual, Kota Samarahan dekat sini hari ini.
Tambah Nancy, aktiviti memerhati buaya ini agak menakutkan bagi sesetengah individu tetapi dengan pengendalian pakar, ia boleh menjadi sesuatu yang menarik.
“Perancangan, produk sudah ada cumanya kini untuk kita melaksanakannya dan kita berharap dapat bekerjasama dengan SFC untuk memulukan aktiviti ini di Samarahan,” katanya.
Jelas Nancy lagi, di bawah IRSDA banyak lagi produk atau bidang lain yang dikenal pasti untuk dibangunkan.
“Saya sendiri sebagai mengetuai sektor pelancongan dalam IRSDA yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Naroden Majais mengetuai pertanian.
“Malah semua wakil rakyat di bawah Samarahan perlu memikirkan projek masing-masing untuk dibangunkan di bawah IRSDA ini,” ujarnya.
Antara projek pelancongan yang diluluskan IRSDA ialah Projek Samarahan Boulevard dan Projek Taman Tasik Desa Ilmu.
Lain-lain projek di bawah IRSDA, Projek Tanam Sanktuari Herba Borneo Bahagian Samarahan, Projek Pelancongan Sukan, Projek Apps Samarahan Viral, Projek Gerai Niaga Kawasan Kota Samarahan dan cadangan Pusat Penginapan dan Chalet di Ladang Nanas, Kota Samarahan.
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…