fbpx

Agih nasi briyani suatu kelainan di bulan Ramadan

Share this:

KUCHING: Sebanyak 300 bungkus nasi briyani telah diedarkan kepada penduduk sekitar Jalan Ajibah Abol di hadapan Surau Kampung Bandarshah, semalam.

Ahli Parlimen Petra Jaya YB Dato Sri Fadilah Yusof berkata, ini adalah kelainan yang dibuat oleh Persatuan Anak Seni Bandarsah iaitu dengan mengedar nasi briyani di mana kebiasaannya diedarkan bubur pedas atau bubur lambuk.

“Nasi briyani ini diusahakan sendiri oleh Pengerusi Persatuan Anak Seni Bandarsah dan ilham ini telah diambil oleh Persatuan Anak Seni ini untuk menampilkan kelainan dengan memilih untuk mengagihkan nasi briyani.

“Tidak kira apa juga pemberiannya yang penting ialah mesej utamanya ialah bulan puasa adalah bulan orang banyak bersedekah di samping menggalakkan amalan berkongsi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Agihan Nasi Briyani anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Seni Kampung Bandarsah Abdul Rahman Zainudin dalam sesi temu bual berkata, keunikan nasi briyani ini adalah ianya dimasak sendiri oleh anak-anak Seni Kampung Bandarshah dan kos ditanggung sendiri oleh pertubuhan tersebut.

Beliau menambah, ini merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Anak Seni Bandarsah pada bulan Ramadan.

Pertubuhan Anak Seni Kampung Bandarsah aktif melibatkan diri dalam bidang kesenian keagamaan dan kesukanan di peringkat Sarawak dan mempunyai ahli berdaftar seramai 56 orang.

Turut hadir adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr. Sabariah Putit.

[Source: “Agih nasi briyani suatu kelainan di bulan Ramadan” published by Sarawak Voice]

Photo Credits: Sarawak Voice

%d bloggers like this: