fbpx

ABG JO RASMI GALERI SONGKET DAN KERINGKAM

Share this:

KUCHING, 6.03.20 – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Galeri Songket Dan Keringkam di Kuching petang ini tadi.

Kerajaan Sarawak melalui inisiatif Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) hari ini melakar satu kejayaan dengan membuka Galeri Songket dan Keringkam yang pertama terletak di tengah-tengah bandar Kuching.

Galeri ini mengetengahkan penggunaan teknologi digital seperti QR Code di mana pengunjung boleh menggunakan aplikasi Sarawak Pay.

Selain itu, di galeri ini juga menggunakan nama branding “SARATAGE” bermaksud Sarawak dan Heritage.

Di bawah branding SARATAGE, pihak galeri telah bekerjasama dengan pelbagai producer seperti SaraPride, Centexs Heritage Fashion (CHF), Komuniti Songket dan Komuniti Keringkam di seluruh Sarawak.

Galeri ini dibuka kepada orang awam setiap hari, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Petikan daripada Facebook Sarawakku, 6 March 2020.

%d bloggers like this: