Sarawak cari bakat baharu e-sukan
PERSATUAN Sukan Elektronik Sarawak (Sesa) memohon kebenaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mencari bakat baharu untuk senarai panjang pemain yang bakal terpilih mewakili Sarawak ke Sukma 2022 di Johor.
Presiden Sesa Afiq Fadhli Narawi berkata, banyak negeri kini sedang dalam usaha membuat permohonan untuk meminta kebenaran mencari bakat baharu untuk mewakili ke Sukma.
“Sekarang kita telah ada senarai panjang sewaktu kejohanan Suksar 2019, cuma apabila Sukma dianjakkan ke tahun 2021 pihak penganjur membuka balik senarai panjang untuk diserapkan ke senarai pendek.
“Masalahnya sekarang adalah kita tidak dibenarkan mencari bakat baru.
“Oleh itu, banyak negeri memohon kepada MSN untuk mengintai bakat baharu dengan mengadakan beberapa pertandingan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui Suara Sarawak dalam Majlis Pelantikan Sebagai Penganjur Bersama Kejohanan MYSS Football Pes 21 Stay At Home semalam.
Tambah beliau, walaupun umur telah melebihi had, namun konsistensi mereka telah berubah kerana perubahan kepada jenis permainan terkini iaitu Pro Evolution Soccer (Pes) 2021.
Jelasnya, mereka perlu mencari bakat baharu supaya dapat menguasai permainan tersebut selain terus melatih atlet sekarang dengan permainan versi baharu.
Afiq memberitahu bahawa Kejohanan MYSS Football Pes 21 Stay At Home yang bakal dipertandingkan adalah salah satu platform mencari bakat baharu untuk diserap ke skuad Sukma.
“Kalau diikutkan memang tidak boleh tetapi kita bersedia awal jika MSN membenarkan kita mencari bakat baru, kita telah ada senarai baru yang boleh diketengahkan.
“Ini juga termasuk mencari bakat baharu untuk kategori permainan Mobile Legend dan dota 2,” ujarnya.
[Source: “Sarawak cari bakat baharu e-sukan” published by SuaraSarawak.MY]
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…