MDEC anjur ekspo e-dagang bantu usahawan

MDEC anjur ekspo e-dagang bantu usahawan
Share this:

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menganjurkan ekspo e-dagang (eDX) yang pertama dan terbesar mulai 4 hingga 8 Mei ini sebagai usaha untuk mempercepatkan pendigitalan sejajar dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

Pada acara maya selama lima hari yang bertujuan membabitkan 500,000 penjual mikro, perniagaan tempatan dan pengeksport mengenai manfaat e-dagang itu, terdapat juga webinar dan sesi panel mengenai panduan untuk berjaya dalam e-dagang, berkembang melangkaui sempadan dan kisah kejayaan yang memberi inspirasi.

Bersedia untuk membawa perniagaan luar talian kepada dalam talian dan seterusnya untuk dieksport, sesi itu akan diterajui oleh rakan e-Dagang MDEC seperti Shopee, Lazada, Carousell, Alibaba, BliBli dan eBay.

Daripada mempelajari bagaimana untuk mewujudkan kedai dalam talian menggunakan kaedah harian yang mudah, untuk menyenaraikan produk mereka di ePasaran serta meningkatkan jualan mereka di seluruh negara dan dunia, eDX dapat memperkasakan PKS dan pemilik perniagaan semua saiz, menurut MDEC dalam satu kenyataan.

Selain itu, terdapat juga peluang kepada peserta untuk menikmati diskaun yang disediakan oleh syarikat e-dagang yang mengambil bahagian melalui jualan.

MDEC komited untuk mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana tempatan melalui program Go-eCommerce.

Pendaftaran web dibuka dari 10 pagi hari ini. Bagi mendapat tempat, layari www.go-ecommerce.my

[Source: “MDEC anjur ekspo e-dagang bantu usahawan” published by BERNAMA]
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar