KUCHING, 5 Dis (Bernama) — Graduan politeknik merupakan peneraju latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) ke arah Revolusi Industri 4.0 di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching, Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah.
Beliau berkata graduan politeknik mempunyai kemahiran yang menyeluruh dan menepati kehendak industri masa kini kerana sepanjang pengajian, mereka didedahkan dengan tuntutan alam pekerjaan yang sebenar.
“Ini adalah hasil daripada usaha bersepadu antara politeknik dan pihak industri dalam membangunkan tenaga kerja yang lebih kompeten serta berdaya saing,” katanya.
Beliau, yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Serba Dinamik Holdings Berhad, berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sebuah bas untuk kegunaan logistik Politeknik Kuching di sini, hari ini.
Sumbangan bas berkenaan adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu. Mohd Abdul Karim menyerahkan kunci bas berkenaan kepada pengarah politeknik berkenaan, Jamaliah Ahmad.
— BERNAMA
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…