Serba Dinamik Group Bhd merancang untuk memperkukuhkan bidang Teknologi Maklumat (IT) bagi memacu pertumbuhan syarikat itu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata bidang itu berjaya menjana jualan berjumlah RM25 juta dalam tempoh empat bulan tahun ini.
[Source: “Serba Dinamik perkukuh bidang IT, pacu pertumbuhan syarikat” published by Astro Awani]