#TIMOGAH terus mengorak langkah ke hadapan hasil daripada jalinan kerjasama erat sejak tahun 2018 bersama projek #StartupBorneo dan #KuchingKampungHeritage. Bersama pembimbing Encik Qaiyum Alidin, Timogah hari ini ikut serta dalam rombongan ke Pontianak, Indonesia.
Misi TIMOGAH ke Pontianak kali ini adalah untuk menimba pengalaman, meneroka peluang perniagaan dan menjalinkan kerjasama dengan kelompok usahawan serta syarikat berkaitan, dari kawasan Kalimantan amnya.
TIMOGAH adalah sebuah syarikat perdagangan atas talian (ecommerce) yang diusahakan oleh anak tempatan Sarawak. Berpusat di Kuching Sarawak, Timogah kini menawarkan sistem pembelian secara online dengan khidmat penghantaran segera untuk pelbagai hasil pertanian atau makanan segar kepada para pelanggan di sekitar Kuching. Borneo amnya kaya dengan pelbagai tanaman yang boleh diusahakan secara komersial. Bermula dari skala pasaran tempatan dan menitikberatkan pertanian mampan (sustainable farming).
Usaha berterusan sedang dijalankan supaya revolusi perniagaan atas talian ini akan dapat meningkatkan aktiviti perusahaan pertanian terutamanya di kawasan luar bandar di Sarawak.
Semoga terus berjaya TIMOGAH!
[Old Kuching Kampung Heritage/StartUp Borneo]