[ad_1]
30 Julai 2021- TERAJU telah mengadakan satu sesi taklimat dan perbincangan atas talian bersama YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Hj. Openg, Ketua Menteri Sarawak. Turut serta ialah, YB Datuk Hj Mohd Naroden Bin Hj. Majais selaku Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Tuan Hj. Abdul Hadi Datuk Hj. Abdul Kadir, Pengurus Besar Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) serta barisan pengurusan.
Selain dari status terkini pelaksanaan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030), mesyuarat turut membincangkan mengenai projek-projek pembangunan di Sarawak yang meliputi teknologi Agri, pemasaran, logistik, dan aeroangkasa. Di samping itu, TERAJU dan Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dalam usaha pembangunan usahawan serta agenda sosioekonomi Bumiputera negeri itu.
#terajuofficial
#TPB2030
#agendaBumiputera
#terajuengagement
#halatuju
[ad_2]
Source
Post Views: 87
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…