PERKHIDMATAN PEWASAPAN REKOD DI JABATAN MUZIUM SARAWAK Bahagian Pengurusan Arki…

PERKHIDMATAN PEWASAPAN REKOD DI JABATAN MUZIUM SARAWAK

Bahagian Pengurusan Arki…
Share this:
[ad_1] PERKHIDMATAN PEWASAPAN REKOD DI JABATAN MUZIUM SARAWAK

Bahagian Pengurusan Arkib, Repositori Rekod Negeri telah menjalankan perkhidmatan pewasapan rekod melibatkan rekod-rekod di Bangunan Annex, Jabatan Muzium Sarawak pada 6 September 2021, Isnin.

ADAKAH ANDA TAHU APAKAH ITU PEWASAPAN REKOD DI JABATAN?

ADAKAH BILIK FAIL ANDA BERBAU HAPAK & BUSUK?

PERNAHKAH ANDA MENJUMPAI FAIL-FAIL YANG ROSAK DISEBABKAN SERANGGA PEROSAK DI JABATAN ANDA?

ADAKAH JABATAN ANDA MENGHADAPI MASALAH DI ATAS?

INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PERKHIDMATAN PEWASAPAN REKOD DI JABATAN

Pustaka Negeri Sarawak menyediakan Perkhidmatan Pewasapan Rekod Jabatan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri Sarawak dan perkhidmatan ini bertujuan untuk memelihara rekod dan fail di jabatan kerajaan negeri khususnya di tempat penyimpan dan bilik fail di jabatan.

Kenapa anda perlu melakukan Pewasapan Rekod di Jabatan?

  1. Mencegah pekerja dari jangkitan yang disebabkan oleh pembiakan unsur biologikal yang berbahaya di tempat penyimpanan fail.

  2. Mengekalkan persekitaran yang kondusif dengan menghilangkan bau busuk dan gas berbahaya seperti ammonia, hidrogen sulfida, dan sebagainya.

  3. Menghalang pembiakan biologikal yang boleh merosakkan fail dan rekod seperti serangga perosak dan kulat.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kadar pembayaran serta tempahan, sila hubungi Encik Mohamad Aizat Bin Ajis dan Encik Herrie Suliano Mohamad di talian 082-440 488 (samb. 103/107) atau melalui e-mel aizat2@sarawak.gov.my / herriesm@sarawak.gov.my .

Borang Perkhidmatan Pewasapan Rekod di Jabatan juga boleh dimuat turun melalui imbasan QR Code atau dengan melayari laman sesawang rasmi Pustaka Negeri Sarawak di https://www.pustaka-sarawak.com/

Borang yang telah lengkap di isi boleh dihantar ke e-mel: statedepository@sarawak.gov.my.

#SarawakStateLibrary
#PustakaNegeriSarawak
#ReadInnovateExcel
#SarawakReads
#Pustaka2020
#PerkhidmatanPewasapanRekodJabatan





[ad_2]
Source

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar