26 Ogos 2021 – TERAJU lonjakkan rantaian bekalan Bumiputera melalui kolaborasi b…

26 Ogos 2021 – TERAJU lonjakkan rantaian bekalan Bumiputera melalui kolaborasi b…
Share this:
[ad_1] 26 Ogos 2021 – TERAJU lonjakkan rantaian bekalan Bumiputera melalui kolaborasi bernilai RM200 juta bersama Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di bawah Program Pembiayaan Dana Rantaian Bekalan Bumiputera (BSC) yang merangkumi sektor borong & runcit, penjagaan kesihatan dan logistik.

Matlamat utama kolaborasi ini adalah untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera di dalam sektor yang bernilai tambah tinggi dan sebagai bantuan tambahan kepada PKS Bumiputera di mana pembiayaan sejumlah RM200 juta diperuntukkan bagi sektor di atas.

TERAJU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Md Silmi Abd Rahman sementara SME Bank diwakili oleh Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif dan Bank Muamalat, Nor Hamidah Abu Bakar yang merupakan Ketua Bahagian Perbankan Perniagaan menandatangani perjanjian ini berdasarkan SOP yang ketat, terkawal dan disertai oleh wakil-wakil media secara dalam talian.

#terajuofficial #kolaborasistrategik #agendabumiputera





[ad_2]
Source

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar