UNITEN Meterai MOU Tingkat Aktiviti Penyelidikan

UNITEN Meterai MOU Tingkat Aktiviti Penyelidikan
Share this:

Putrajaya: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Marvel Harvest Sdn Bhd (Marvel Harvest) dan Chang Dynasty Resources Sdn Bhd (Chang Dynasty Resources) bagi menjalankan projek serta pembangunan aktiviti penyelidikan, baru-baru ini.

 

Naib Canselor UNITEN, Datuk Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, berkata MOU itu membabitkan kerjasama pertukaran idea dan kemudahan dengan keduadua organisasi termasuk penyediaan kertas cadangan projek dan lawatan oleh kakitangan organisasi berkenaan dengan pihak universiti.

 

Katanya, kerjasama itu bukan sahaja membabitkan penyertaan dalam latihan, seminar, persidangan dan bengkel tetapi juga bidang penyelidikan.“Kerjasama bersama-sama Marvel Harvest untuk membangunkan penyelidikan biogas di UNITEN di mana hasil yang diperoleh melalui Badan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) untuk Tenaga Boleh Diperbaharui yang diketuai Profesor Kursinya, Prof Ir Dr Abd Halim Shamsuddin akan digunakan sepenuhnya di ladang tenusu milik syarikat itu,” katanya ketika ditemui di sini, barubaru ini.

 

Kemudahan penyelidikan Majlis MOU itu menyaksikan Marvel Harvest diwakili Pengarah Urusannya, Abdul Kadier Sahib manakala Chang Dynasty Resources juga diwakili Pengarah Urusannya, Eric Lee Chang Yee. Sementara itu, Prof Abd Halim berkata, pihaknya akan menyediakan kemudahan penyelidikan pembangunan dan pemakaian penggalian biogas untuk mencapai proses penggantian yang stabil.

 

“Selain itu, kami juga akan mendapatkan pengeluaran biogas yang lebih tinggi melalui pencernaan buangan ternakan dengan sisa pertanian lain. Kemudahan sistem penggalian biogas akan dipasang di pusat ruminan di Bintulu oleh Marvel Harvest,” katanya.

 

Kerjasama UNITEN dengan Chang Dynasty Resources pula membabitkan pembangunan hartanah, mewujudkan rumah pintar dan teknologi pintar bandar serta membangunkan kemajuan teknologi berdaya maju untuk aplikasi dalam bidang hartanah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar