fbpx

18 Startup Dibangunkan Melalui Inisiatif Kerjasama StartUp Borneo Dan Makers Meet

Share this:

KUCHING, 29 Disember: StartUp Borneo telah menganjurkan program usahawan startup iaitu StartUp Borneo 2018 “Final Pitch” yang bertempat di PUSTAKA Negeri Sarawak, Kuching pada 21 – 22 Oktober lepas. Program StartUp Borneo 2018 adalah acara kemuncak bagi StartUp Borneo pada tahun ini yang merupakan program usaha sama pertama diadakan antara PUSTAKA Negeri Sarawak dan StartUp Borneo bersempena “Makers Meet 2018” yang juga bertujuan untuk mengalakkan para pencipta, pereka dan usahawan yang berada di Malaysia, khususnya Sarawak untuk mengeluarkan idea baru dan juga berkongsi tentang ciptaan dan perniagaan mereka.

Figure 1: Pemenang StartUp Borneo 2018 di Majlis Penyerahan Sijil dan Hadiah Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage.

Penyertaan program ini sepanjang tahun 2018 telah mendapat sambutan baik dari komuniti startup di rantau Borneo terutamanya dari Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. Seramai 18 orang peserta finalis telah terpilih dalam menyampaikan pembentangan startup atau ‘pitching’ pada tahun ini. Juara daripada 18 peserta adalah Hajon Mahdy yang mewakili Borneo Skycam dari Pontianak, Indonesia, naib juara Nicholas Hon dengan jenama Roselle’s Kitchen dan pemenang tempat ketiga Awang Shahrizan Awang Abu Bakar dengan SiaSitok Sign Language AR Flashcard. Pemenang hadiah tempat pertama telah membawa pulang wang tunai sebanyak dua ribu ringgit (RM2,000), tempat kedua satu ribu ringgit (RM1,000) dan tempat ketiga lima ratus ringgit (RM500). Dua hadiah saguhati juga diberikan bagi ‘Best Presenter’ dan ‘Best Idea’ dengan membawa pulang wang tunai sebanyak dua ratus ringgit (RM200) setiap pemenang.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Saintis dan Ketua Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Negeri Sarawak Prof. Ir. Dr. Al Khalid Hj Othman yang mewakili Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak YBhg Datu Dr Sabariah Putit dan disaksikan oleh Penolong Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan eDagang Sarawak cik Catherine Lee Pi Ying dan juga Ketua Teras Branding dan Visibility Old Kuching Heritage YBhg Datuk Norhyati Mohd Ismail bertempat di Dormani Hotel Jalan Datuk Ajibah Abol. StartUp Borneo 2018 ini merupakan kesinambungan daripada program StartUp Borneo Pre-Pitching Siri ke-1 dan Siri ke-2 yang telah diadakan pada bulan Julai dan Ogos lepas. Selain itu, program ini juga telah berjaya mempromosikan budaya startup dalam kalangan para pencipta dan usahawan di rantau Borneo. Inisiatif ini merupakan platform yang baik untuk pelabur dan usahawan untuk memulakan Startup dan juga mengembangkan idea projek atau perniagaan mereka.

Selain itu, StrartUp Borneo turut bekerjasama dengan Old Kuching Kampung Heritage dan juga organisasi global dari luar negara seperti Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Kalimantan Barat (HIPMI KALBAR), FinTech4Good dan UMADX Online. Inisiatif StartUp Borneo turut mendapat sokongan penuh dari agensi kerajaan negeri Sarawak iaitu Sarawak Multimedia Authority (SMA).

[Admin]

Share this: